Tuesday 10 January 2012

Teori Kreativiti


KREATIVITI TAYLOR

            Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah:

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
            Kreativiti yang bersifat ekpresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya.

 

(b) Kreativiti melalui Penghasilan/Teknikal
            Kreativiti melalui proses penghasilan adalah merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif
            Kreativiti bersifat inventif adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
            Kreativiti bersifat inovatif pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka.


(e) Kreativiti Bersifat Imaginatif
            Kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut.


TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD

            Kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semulajadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang.Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan ialah asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.
Victor Lowenfeld turut mengariskan 3 proses kreativiti sebagai kefahaman masalah, kelancaran  idea dan proses kreativiti itu sendiri. Oleh sebab itu guru sebagai pendidik dan pembimbing murid-murid perlu berperanan penting dalam usaha memupuk kreativiti murid-murid kerana:
1.    Manusia lebih suka belajar dengan kaedah kreatif iaitu melalui kegiatan-kegiatan kreatif dan berorientasikan penerokaan.
2.    Dapat meningkatkan proses kreativiti murid-murid bagi mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah Negara

3.    Dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan pembentukan insan yang seimbang daripada segi mosi, rohani, jasmani dan intelek.

4.    Dapat membentuk warganegara yang berilmu pengetahuan, mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

5.    Dapat mencapai matlamat pendidikan seni bagi membentuk warganegara yang berbudaya, individu yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan seni dan peka kepada estetika.

6.    Mampu mengamalkan pertimbangan seni dan kesempurnaan dalam urusan hidup dan alam sekeliling. Menghargai dan bangga pada  warisan seni dan budaya.

7.    Dapat melahirkan murid-murid yang berimaginasi, kreatif, berpengetahuan, peka pada ciri estetika, memupuk nlai keindahan, keselesaan dan ketenteraman.

            Sifat kreatif bukan sahaja boleh dipupuk, tetapi perlu dipupuk. Oleh sebab itu sekolah adalah tempat yang terbaik dalam memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak, iaitu dengan membuat penyesuaian kepada persekitaran ataupun kedua-duanya sekali. Sekolah boleh memberi peluang mebantu murid-murid mencapai penyempurnaan kendiri. Merancang pendekatan yang sesuai dan mengambil kira teori perkembangan dan teori pembelajaran



Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance
            Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).

            Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Tujuh perkara tersebut adalah:

(a) Penyoalan
            Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.


(b) Penemuan
            Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.

(c) Pemerhatian
            Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

(e) Percubaan
            Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

(f) Penerokaan
            Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

(g) Memanipulasi
            Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.

(h) Aktiviti / Bermain

            Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

Saturday 7 January 2012

Oh! Pembongkaran – Peristiwa Dahsyat Di Tahun 2012 Menurut AL-QURAN


Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahAwa 21 Desember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang di sebutkan sebagai hari kiamat, memang menakutkan manusia.
Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang kemungkinan terjadi pada tahun 2012 dalam movie dengan tajuk yang sama, iaitu ‘2012’. Hasilnya sangat luar biasa; cerita itu meletup dan masuk dalam list box office. Tapi tau tak korang kalau ada pengkaji yang meyakini dimana Al Qur’an jugak terdapat ‘penjelasan’ tentang apa yang berkemungkinan berlaku pada tahun 2012 iaitu tahun ini? Sekarang sudah 2012 dah kan…
Ikuti lagi penjelasan di bawah ini….

Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University, yang mendedahkan dalam buku bertajuk ‘al-Quran pada tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Islam pun menjelaskan apa yang akan berlaku pada tahun 2012, apabila tiba masanya, dan berapa kali ia akan berlaku.
Buat pengatahuan korang, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an yang ditulis dalam bahasa Arab memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur, sehingga kitab yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad Saw ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalam setiap ayatnya, tapi juga memiliki keselarasan dan keteraturan dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.
Keluarbiasaan Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mengetahui ape sebenarnye di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkap, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an diatur Allah SWT dengan sistem yang berunsurkan pada Nombor 7. Ini menjelaskan, dan bahkan selaras dengan kenyataan bahwa dalam seminggu ada 7 hari; bumi dan langit terdiri dari 7 lapis; umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i , 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah; ada 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat; ada 7 larangan Allah bagi manusia; ada 7 sifat perosak; dan sebagainya.
Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, dalam dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang oleh Allah SWT pun disebut sebagai Ummul Quran (induk Al-Quran), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain. (nak describe camner eh… surah pesanan or surah mesej dari Allah ataupon surah-surah lain)
Surah al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk untuk mengungkap pesan-pesan Allah SWT yang terkandung dalam 113 surah lainnya (Surah pautan). Petunjuk ini terkandung pada ayatnya yang berjumlah 7, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (korang lihat Surah Al Fatihah dan korang tengok). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.
“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah bilangan no perdana,” kata Adam.
Ia lalu mengkaji surah-surah pautan, dan perhatiannya tertumpu pada surah ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Dalam surah ini terdapat ayat yang diulang hingga 31 kali yang bermaksud:
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnyer adalah 1433 yang jika dikaji dengan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).
Adam mengaku, dirinya bingung untuk mentafsir makan nombor 1433 tersebut sebelum akhirnya menyedari bahawa kita sekarang hidup dalam 1432 H (2011 Masihi) dan tahun depan kita akan hidup di 1433 H (2012 Masihi). Keyakinan Adam makin kuat apabila 1433 merujuk pada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari (cube korang kira kat kelendar 2012).
Tak hanya itu penemuan Adam. Karena ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, ia percaya pada 2012 akan ada 31 kejadian/peristiwa dahyat yang akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tapi bukan kiamat. Bahkan kerana dalam Al Qur’an ayat yang diulang tersebut terdiri dari empat kata, maka ia juga percaya bahwa setiap kejadian/peristiwa itu akan berlangsung selama empat hari. Subhanallah!

Friday 6 January 2012

Kata - Kata Hikmah

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah

“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah

“Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

“Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”

“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille

“Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”

“Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun

“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”

“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”

“Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”

“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”

“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”

“Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

“Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.”

“Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”

“Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”

“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”

“Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.” ~ Wahab B. Munabin